Sunday, July 24, 2011

~tak kesampaian~

Sebelum ni aku berpeluang mengenali seorang insan yg bagiku,cukup baik. Malah aku rasa bertuah sbb diberikan kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Sebelum ini,aku hanya mengenalinya di laman muka buku dan sekadar berbalas komen sahaja dengannya. Entah mana kekuatan yg aku dapat,aku beranikan diri meluahkan perasaan aku padanya. Suprisingly,respon dia cukup baik dan aku tak sangka pun dia akan respon positif memandangkan dia sendiri sudahpun berpunya. Tapi aku sedia maklum ketika itu yg hubungan dia dengan insan lain itu sudah agak goyah,sekadar retak menanti belah. Maybe aku pentingkan diri,aku tidak mahu berganjak dan terus bermain perasaan dgn dia wpun hanya sebagai teman yg mesra. Dalam tempoh perhubungan mesra itu,terlalu bnyk dan terlalu kerap pergaduhan dan salah faham yg blaku antara aku dan dia. Padahal ketika itu aku belum pernah pun bersua muka dgn nya,sampaikan aku kdg2 tertanya bagaimana agaknya keadaan kalau aku dengan dia dh bersua muka. Setelah berbulan menjadi teman mesra,akhirnya aku berkesempatan utk bersua muka dengan dia. Ya,dia sangat baik,sangat peramah,good looking sampaikan aku merasa cukup2 rendah diri ketika berdamping dengannya(selain aku yg mmg pendek pun),huhu. Aku pertama kali bersua muka dengannya di Nilai berapa ntah,x igt. Tapi disitulah tempat yg dijanjikan utk mengambilku,kerana aku ketika itu menumpang rumah kawan merangkap abang angkat aku di Sepang. Dari Nilai,kami menuju ke ibu kota Kuala Lumpur dimana kami akan bermalam. Aku yg ketika itu baru pertama kali menjejakkan kaki ke KL yg selama ini hanya pernah nmpak dlm tv dan internet sahaja,langsung tiada keterujaan dengan pemandangan itu. Sebaliknya aku masih teruja dengan pemandangan yg ada di sebelahku,org yg aku sayang,cinta yg kini ada di depan mata. Sumpah,ketika itu aku merasa sangat bahagia. 3 hari 2 malam bersamanya cukup buat aku bahagia namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Aku cukup berat hati utk berpisah dgn dia masa tu sbb aku tak pasti bila agaknya kami akan berjumpa lagi. Perpisahan itu pun blaku dalam keadaan yg kurang baik,atas sebab2 yg tdk perlu dihuraikan. Beberapa hari selepas itu mmg  cukup menyiksakan,hatiku memberontak utk kembali bertemu dengannya. Rinduku memuncak sehinggakan airmata berkali mengalir mengenangkan saat2 ketika bersama dia. Namun,tempoh masa aku di Sepang nmpaknya tidak panjang apabila aku tpaksa pulang ke Sarawak menghadiri interview jawatan kerajaan. Awalnya aku tidak begitu berminat utk mhadiri temuduga tersebut namun desakan bbrapa pihak akhirnya membuatku beralah. Dari saat pertama aku menjejakkan kaki ke bumi Sarawak tu,aku bagaikan manusia yg tiada jiwa dan perasaan. Aku rasa kosong,tak bermaya kerana perasaan rindu yg tidak tertanggung. Namun selepas bbrapa hari aku kembali menjadi diriku semula. Aku kena terima hakikat yang aku dan dia kini kembali dipisahkan oleh lautan yang luas. Dan perhubungan ku dengan dia kembali seperti biasa diiringi salah faham dan pergaduhan yang berterusan. Namun aku dpt merasakan yang aku dan dia tidak semesra sebelum bersua muka itu. Naluri aku kuat mengatakan yg dia sudah berubah walaupun dia menafikannya,aku tetap positif. Aku sangkakan dia yg sudah solo ketika itu,sepatutnya mampu membawa hubungan kami ke taraf yang lebih tggi namun aku silap. Dia sebenarnya tidak terlintas pun utk menjadikan aku pengganti walaupun sudah berbulan2 aku ibarat orang dilamun cinta. Aku tetap positif namun semuanya sia2. Layanan dia semakin dingin,mesej ku jarang dibalas,panggilan telefon semakin kurang. Mungkin dia jadi begitu sebab aku tidak seperti yang dia harapkan sebelum berjumpa. Aku mungkin lebih buruk dari apa yang dia sangkakan,sebab kadang2 gambar pun pandai berbohong. Dipendekkan cerita,ketika aku menulis benda ni,dah masuk 3 minggu aku lost contact dengan dia. Berkali2 aku menghantar mesej,call,tegur dia di ym mahupun facebook,namun tiada jawapan. So,aku fahamlah yg dia tak nak ada kaitan apa2 dengan aku lagi. Dengan berat hati aku block dia dari fb aku utk memudahkan lagi aku menerima hakikat itu. Maafkan aku atas apa jua kesalahan yang aku buat,mungkin aku masih muda dan tidak sensitif dengan sesuatu keadaan. tapi aku nak ko tau yg aku masih sayangkan ko wpun aku bukan siapa2 bagi ko. Aku tggu ko...!

~itulah kisah cinta yang tidak kesampaian~peace!~



No comments:

Post a Comment